Sunday, August 7, 2011

SahaBat yaNg baiK suKar diCaRi.. ^_^


Salam Ramadhan semua wargawarga bloggers ! (:

Saya mahu cerita tentang ini kisah sahabat.. selamat beramal semua...


“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; * Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; * Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik; * Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu; * Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; * Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; * Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu; * Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; * Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu; * Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; * Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan; * Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat; * Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
* Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
* Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
* Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
* Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
* Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Berhati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.
Sekadar pesanan daripada seorang sahabat kepada sahabat..




Monday, August 1, 2011

PeRkara yaNg tiDak MembaTaLkan pUasa ^____^



Antara perbuatan yang tidak membatalkan puasa jika berlaku ialah:

1.Dibolehkan mencium, bercumbu atau bermesra dengan isteri. Iaitu sekiranya ia mampu mengawal nafsunya dari terlanjur (bersetubuh) atau terkeluar air mani. Aisyah radiallahu anha berkata:

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ وُهوَ صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وَهُوَصَائِمٌ ، وَلَكِنَّهُ كَانَ أَمْلَكَكُمْ لإِرْبِهِ.

Adalah Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam pernah mencium (isterinya) dalam keadaan berpuasa, bercumbu dalam keadaan puasa, tetapi baginda adalah yang paling berdaya menahan dirinya. 

Bagi pemuda yang tidak mampu menahan nafsunya, walaupun dibolehkan bercumbu atau mencium isterinya, tetapi dimakkruhkan kerana Abdullah bin Amr bin al-Ash pernah berkata:

Kami pernah berada di sisi Nabi, datanglah seorang pemuda dan bertanya: Wahai Rasulullah! Bolehkan aku mencium (isteri) dalam keadaan puasa? Baginda menjawab: Tidak. Kemudian datang pula seorang yang sudah tua dan dia bertanya: Bolehkah aku bercumbu dalam keadaan aku berpuasa? Baginda menjawab: Ya!. Sebahagian kami memandang kepada teman-temannya, maka Rasulullah bersabda: 
إِنَّ الشَّيْخَ يَمْلِكُ نَفْسَهُ
Sesungguhnya orang tua itu mampu menahan dirinya (nafsunya). 

2.Dibolehkan berkeadaan junub (berhadas besar), sama ada kerana bersetubuh, haid atau nifas dan tidak mandi hadas sehinggalah masuk fajar. Berdasarkan hadis dari Aisyah dan Ummu Salamah radiallahu anhuma

Sesungguhnya Nabi sallallahu alaihi wa-sallam masih dalam keadaan berjunub kerana berjima dengan isterinya, kemudian baginda mandi dan terus berpuasa. 

3.Bersiwak atau mengusuk gigi walaupun diwaktu petang. Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda: 

Seandainya tidak menjadi keberatan atas kaumku, pasti aku perintah mereka bersiwak (gosok gigi) setiap kali berwuduk. 

Menurut Imam Bukhari dan Ibnu Khuzaimah, bahawa hadis ini sebagai dalil membolehkan bersiwak (gosok gigi) bagi orang yang berpuasa sama ketika berwuduk, solat atau selainnya. Hadis ini menunjukkan bahawa perintah bergosok gigi adalah umum di seluruh waktu, sebelum zawal atau setelahnya.

4.Dibolehkan berbekam berdasarkan hadis sahih dari Nabi sallallahu alaihi wa-sallam, bahawa baginda berbekam ketika puasa: 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ وَهُوَ صَائِمٌ.

Dari Ibnu Abbas radiallahu anhuma, bahawa Nabi sallallahu alaihi wa-sallam berbekam, sedangkan dia sedang berpuasa. 

5.Tidak membatalkan puasa orang merasa makanan selagi tidak sampai ke tenggorokannya (tidak ditelan). berdasarkan Hadis:.

Tidak mengapa merasa sayur atau sesuatu (makanan) selagi tidak sampai ke tenggorokannya, walaupun dia sedang berpuasa. 

6.Tidak membatalkan puasa jika membasahkan badan, menjirus air ke atas kepala atau mandi, seperti dalam keadaan kepanasan, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah:

Nabi pernah menjiruskan air ke kepalanya sedangkan baginda dalam keadaan puasa kerana kehausan atau kepanasan. 

Ibnu Umar pernah membasahkan pakaiannya, kemudian meletakkan di atas tubuhnya sedangkan dia dalam keadaan berpuasa. 

7.Berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung اْلإسْتِنْشَاقٌ ketika berwuduk juga tidak membatalkan puasa. Namun dilarang dari berlebih-lebihan memasukkan air ke hidung bagi orang yang berpuasa. Rasulullah bersabda

Dan sempurnakanlah (bersungguh-sungguhnlah) memasukkan air ke dalam hidung, kecuali dalam keadaan kamu berpuasa. 

8.Tidak membatalkan puasa orang yang mengorek telinga, hidung, memakai celak atau menitiskan obat ke mata. Perkara ini telah dijelaskan oleh Syeikh al-Albani, Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, Ibnu Qaiyim dan Imam al-Bukhari bahawa:

Anas bin Malik, Hsasan al-Basri dan Ibrahim an-Nakhi memandang ia tidak mengapa (tidak membatalkan pausa) bagi yang berpuasa.

selamat beramal...
selamat berpuasa buat sahabatsahabat ku... ^__^ 

bERmuLa Lah HaRi PertaMa BerPuaSa (:





Assalamualaikum ! Salam 1 malaysia.... :p

Bermula la...ramadhan sudah pon menjelma...
Ramadhan sudah pon tiba..
Ramadhan sudah pon ditempuh.... 
Hari ini.. 1 Ramadhan... 
semua umat islam wajib berpuasa.....

aku harap Ramadhan kali ini penuh makna uat aku..dan saba untuk aku tempuh..
so ! Ramadhan kali ini aku dapat meningkat kan ibadat kepada Allah..
melaksanakan dengan penuh tawaduk..

aku juga berharap Ramadhan kali ini bole membantu hati aku yang gelap gelita kot...bertukar menjadi cerah..bersinar.. hehe. semua tu kena usaha.. insyaALLAH....
Ramadhan memberi satu pengertian pada kehidupan aku...

pada kawankawan aku semua... puasa taw.. haha..
jangan dok monteng lagi... hehe..
aku harap ramadhan kali ini bermakna uat  korang semua..

n lastly i would like to wish
sELamaT mEnYAmbUT buLan RamadHan...
aku mintak maaf jika selama ini aku ada buat salah kat korang semua...

sygs korang ! <3




Thursday, July 28, 2011

terinGat pulaK daH ! ^_^

hye sayangssayangs semua...hehe

Assalamualaikum.. !
wassup ! ape bikin ? hehe.. boring sungguh.. huhu... oke2 kite mula kan cerita okey !

hmm.. sebenar nye teringat ngn membemembe kolej.. huhu.. rindu sama mereka..makan samesame..jalan p kolej samesame...gurau samesame..gduh samesame.. semua samasama lah ! heee ~~~ tersangat rindu kan korg lar ! <3 jum lar jumpe2...kite uat gathering ! :p

serius ! aku teringat time kite ramairamai buad pemasangan kabel dari lab pelancongan ke bengkel auto ...huhu.. tapi... siasia jugak uat nye...habis hancus kabel tu.. haha..digilis kereta yang lalu disitu.. lastlast budak kos auto yang buat sendiri.. hehe.. tp dari ape yang kami buat..kami dapat belajar semua tentang itu.. best woo..

subjek ini la yang paling aku suke.. yang paling aku minat.. lecturer nye all the best ! sporting !saya suke ! heee ~~~ semua terhibur.. kadangkadang hangin jugak dia..ye la..semua orang ada mood kan...kalau belajar ngn dia mesti kena FOKUS ! jgn uat pape melainkan mecatat ape yg dicakap..dengar ape yang disampai kan...klu xcatat..xdengar ape dia sampai kan.. haha.. tunggu lah soalan dari dia.. waa.. terketak jugak mahu menjawab... sebab ak penah kena..huhuhu...

mungkin itu cara yang terbaik dia mengajar kami..baru la semua FOKUS .. tu pon bukan nye masuk kepala sangat ape yang disampaikan..hehe..tapi kami catat..kadangkadang time test.. time ujian.. mang diperhatikan betoibetoi..sampai xbole nak meniru.. hahaha... kalau meniru ape yang ditiru paham xpe..ini langsung.. haha..lagi 1..klu ujian ke ape ke.. yang PENTING name dia kena btoi... xleh silap..dia marah wooo... mang la nama kita kan..salah tulis mesti hangin ! hehe...

papepon...terima kasih en.Zul...

* menasihati kami...
* marahmarah kami...
* bagi kami ilmu...
* sebab mahu mengajar kami...
* tidak penat melayan kerenah kami...

*kami semua sayang en.Zul.. hehehe.. (:

*jasa en.Zul akan kami kenang..kami ingat sampai bebila..hehe..
*kalau ada sumur diladang boleh kita menumpang mandi...kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi... insyaALLAH...

STM 4A... aLL thE bEst !! haha.. <3
sygs korang sangat2...








*okeyokey..layan la gambargambar kami ketika membuat pemasangan kabel..... (:




ini la lecturer yang aku maksud kan.. hehe.. En. Zulfikhri...lecturer paling best ! terima kasih En. Zul ! (:


layannnnn.. ~~~~ 
sebelum mula kerja mesti snap pic la ! hehe





ape yanG pEntinG ?? kerjaSama.. hahaha..





































































































* En. Zul ! sory ! sebab curi pic ni kat fb en.Zul.. sbb pic En.zul tiada dalam simpanan kami... (:
* korg ! jengukjenguk lah blog aku ni selalu... hehehe..
* rindu korang semua ! 
* sygs korg !  <3 <3


sekian ~~~~~~ ^_^