Monday, August 1, 2011

PeRkara yaNg tiDak MembaTaLkan pUasa ^____^



Antara perbuatan yang tidak membatalkan puasa jika berlaku ialah:

1.Dibolehkan mencium, bercumbu atau bermesra dengan isteri. Iaitu sekiranya ia mampu mengawal nafsunya dari terlanjur (bersetubuh) atau terkeluar air mani. Aisyah radiallahu anha berkata:

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ وُهوَ صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وَهُوَصَائِمٌ ، وَلَكِنَّهُ كَانَ أَمْلَكَكُمْ لإِرْبِهِ.

Adalah Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam pernah mencium (isterinya) dalam keadaan berpuasa, bercumbu dalam keadaan puasa, tetapi baginda adalah yang paling berdaya menahan dirinya. 

Bagi pemuda yang tidak mampu menahan nafsunya, walaupun dibolehkan bercumbu atau mencium isterinya, tetapi dimakkruhkan kerana Abdullah bin Amr bin al-Ash pernah berkata:

Kami pernah berada di sisi Nabi, datanglah seorang pemuda dan bertanya: Wahai Rasulullah! Bolehkan aku mencium (isteri) dalam keadaan puasa? Baginda menjawab: Tidak. Kemudian datang pula seorang yang sudah tua dan dia bertanya: Bolehkah aku bercumbu dalam keadaan aku berpuasa? Baginda menjawab: Ya!. Sebahagian kami memandang kepada teman-temannya, maka Rasulullah bersabda: 
إِنَّ الشَّيْخَ يَمْلِكُ نَفْسَهُ
Sesungguhnya orang tua itu mampu menahan dirinya (nafsunya). 

2.Dibolehkan berkeadaan junub (berhadas besar), sama ada kerana bersetubuh, haid atau nifas dan tidak mandi hadas sehinggalah masuk fajar. Berdasarkan hadis dari Aisyah dan Ummu Salamah radiallahu anhuma

Sesungguhnya Nabi sallallahu alaihi wa-sallam masih dalam keadaan berjunub kerana berjima dengan isterinya, kemudian baginda mandi dan terus berpuasa. 

3.Bersiwak atau mengusuk gigi walaupun diwaktu petang. Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda: 

Seandainya tidak menjadi keberatan atas kaumku, pasti aku perintah mereka bersiwak (gosok gigi) setiap kali berwuduk. 

Menurut Imam Bukhari dan Ibnu Khuzaimah, bahawa hadis ini sebagai dalil membolehkan bersiwak (gosok gigi) bagi orang yang berpuasa sama ketika berwuduk, solat atau selainnya. Hadis ini menunjukkan bahawa perintah bergosok gigi adalah umum di seluruh waktu, sebelum zawal atau setelahnya.

4.Dibolehkan berbekam berdasarkan hadis sahih dari Nabi sallallahu alaihi wa-sallam, bahawa baginda berbekam ketika puasa: 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ وَهُوَ صَائِمٌ.

Dari Ibnu Abbas radiallahu anhuma, bahawa Nabi sallallahu alaihi wa-sallam berbekam, sedangkan dia sedang berpuasa. 

5.Tidak membatalkan puasa orang merasa makanan selagi tidak sampai ke tenggorokannya (tidak ditelan). berdasarkan Hadis:.

Tidak mengapa merasa sayur atau sesuatu (makanan) selagi tidak sampai ke tenggorokannya, walaupun dia sedang berpuasa. 

6.Tidak membatalkan puasa jika membasahkan badan, menjirus air ke atas kepala atau mandi, seperti dalam keadaan kepanasan, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah:

Nabi pernah menjiruskan air ke kepalanya sedangkan baginda dalam keadaan puasa kerana kehausan atau kepanasan. 

Ibnu Umar pernah membasahkan pakaiannya, kemudian meletakkan di atas tubuhnya sedangkan dia dalam keadaan berpuasa. 

7.Berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung اْلإسْتِنْشَاقٌ ketika berwuduk juga tidak membatalkan puasa. Namun dilarang dari berlebih-lebihan memasukkan air ke hidung bagi orang yang berpuasa. Rasulullah bersabda

Dan sempurnakanlah (bersungguh-sungguhnlah) memasukkan air ke dalam hidung, kecuali dalam keadaan kamu berpuasa. 

8.Tidak membatalkan puasa orang yang mengorek telinga, hidung, memakai celak atau menitiskan obat ke mata. Perkara ini telah dijelaskan oleh Syeikh al-Albani, Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, Ibnu Qaiyim dan Imam al-Bukhari bahawa:

Anas bin Malik, Hsasan al-Basri dan Ibrahim an-Nakhi memandang ia tidak mengapa (tidak membatalkan pausa) bagi yang berpuasa.

selamat beramal...
selamat berpuasa buat sahabatsahabat ku... ^__^ 

No comments:

Post a Comment